Its Back! So you guys can get a ticket at CQ's counter. Hurry up! Promotion start from 1 December 2009 till 31 December 2009. So be the first to redeem your 1 hour free playtime at CQ. and don't forget to tell your friend this great news. so enjoy!!
What U Give, U Get Back!
regards,
..::CQ::..
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG CQ
Jangan sampai kalian yang terkorban sudah la... haha~~
Berhati2 dgn lembu, berwaspada dgn parang.
Insyaallah, jiwa anda akan selamat. hehe.
CQ wishes for those who sit SPM this year a good luck and do your best in all papers. and you are welcome to CQ after you finished your exam to release tension or what ever u called. and remember dont push yourself to hard and take care of your health. healthy mind comes with healthy body.
and again, wishes u all the best.
..::CQ::..
Salam,
kepada semua pengunjung yang disayangi, CQ akan ditutup buat sementara waktu bagi kerja-kerja penyelenggaraan komputer yang bermasalah. Seperti anda sedia maklum, banyak komputer mengalami serangan virus dan masalah 'lagging' semasa melayari internet disebabkan oleh beberapa pengunjung yang tidak bertanggungjawab meng'install' program-program yang tidak berkaitan dan membawa banyak kerosakan.
Jadi, diharap perkara ini tidak lagi berulang demi keselesaan dan kesoronokan bersama.
CQ akan ditutup bermula pada 16 November 2009 (Isnin) hinnga 17 November 2009 (selasa).
"No More Problem, No More Closing"
Harap Maklum.
..::CQ::..
CQ wish all PMR candidates a good luck and hope everyone pass the exam with flying colours. do your best and leave the rest...
jangan pening2 kepala, rilex sudaa.. its juz PMR, Peperiksaan = Mudah & Rileks!
kalu pening datang CQ, main game, mcm2 ada... tembak2 orang, belasah orang, tenet pon ada... browse internet kot2 terjupe soklan tuk esok.. hahaha~~
pepun, ganbatte!
Maaf Zahir & Batin
Pihak CQ mengucapkan selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelang tiba... semoga semuanya berada dalam keadaan sihat2 belaka dan gembira di samping keluarga tercinta.
Pengumuman kepada semua pelanggan CQ:
CQ akan ditutup selama seminggu bermula pada malam raya.
p/s: jgn cuba ketuk2 pintu kalu dh pintu tertutup... paham2 la ye!
Sempena hari kemerdekaan yg ke52, pihak CQ ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua pengunjung CQ.
ermm cakap byk pon xguna, tapi dlm keseronokan menyambut kemerdekaan, jgn lupa yg kita ni berada dlm bulan puasa, bulan yg penuh rahmat. jadi, bersederhanalah.
merdeka tu merdeka jugak, jgn sampai maruah tergadai sudaa...
merempit tu merempit gak, jgn sampai dpt sakit sudah ler...
akhir kata,
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sempena ramadhan ini, CQ akan mengalami sedikit perubahan waktu beroperasi seperti yang tertera di bawah:-
&
9.30 malam - 12.00 tengah malam/1.00 pagi/2.00 pagi*
Salam Ramadhan kepada semua pengunjung CQ.
Luangkan sedikit masa tuk membaca renungan dan fadhilat Ramadhan demi kebaikkan bersama.
Di kesempatan ini juga, pihak CQ mengucapkan selamat bercuti dan gunakan masa yg terluang dengan sebaiknya. Hargai setiap detik dan masa kita dengan perkara berfaedah. :)Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)
.-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Pihak CQ juga mengingatkan dan menggalakkan para pengunjung memakai penutup muka bagi mengelakkan daripada perkara yg tidak dingini berlaku sebagaimana anda sedia maklum yg mana wabak selsema babi yg kian rancak menular dan meragut nyawa. beringatlah, mencegah lebih baik dari mengubati. semoga kita semua dijauhi dari wabak ini.
Akhir kata, selamat berpuasa, selamat bercuti dan selamat melayari alam cyber.
Pengumuman buat pelanggan CQ:-
CQ akan ditutup buat sementara waktu bermula pada hari Sabtu (1 Ogos) hingga Ahad (2 Ogos) di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dengan itu, pihak CQ memohon maaf di atas kesulitan yg dihadapi.
Insyaallah, CQ akan dibuka seperti biasa bermula pada hari Isnin (3 Ogos 2009).
Dikesempatan ini juga, pihak CQ mengucapkan selamat berhujung minggu kepada semua pelanggan yang dihormati.
Sekian.
Come and grab it before the stock last! specially for CQ's customers.
Currently Stock = 2 Units
Out of Stock!
Out of Stock!
Out of Stock!
Currently in Stock = 1 Units
Out of Stock!
Out of Stock!
Currently in Stock = 1 Unit
Currently in Stock = 3 Units
Currently in Stock = 1 Unit
Currently in Stock = 1 Unit
Out of Stock!
Currently in Stock = 1 Unit
Currently in Stock = 1 Units
Currently in Stock = 1 Unit
Salam,
Berita baik khas utk Kipas Susah Mati (Die Hard Fan) Jin Online,
Bermula Hari Isnin (13 Julai 2009), anda boleh membeli Kad GoPlayPlay secara terus di kaunter CQ dengan harga RM5, RM10, RM20 dan RM50. Jadi dapatkannya sebelum ianya kehabisan stok! siapa cepat dia dapat, siapa lambat rugi la sesangat.
regards,
..::CQ::..
CQ currently having a heavy pc maintenance. so we hope that our customers have a little patience due to uneasy situation. CQ will be back with a new good looking pc included higher performance and more new games. yay.. obviously can't wait for that.
and more good news... all pc currently working under 4 gig RAM which is twice speed as before. was it awesome, right? hope no more lagging and stuck while playing games. so we hope you guys enjoy and having a good time with us.
and one more thing.. please used our services more gently and do not harm or give more damages to our pc. have a little manner you guys.
so, gotta back to work!
..::CQ::..
Diharapkan semua pengungjung bersabar dan bertenang! :)
Dear Valued Customers,
Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to inform its customers that it is migrating its existing core network to the latest network technology to facilitate the ongoing improvements of our network performance and service quality. The migration will allow TM to provide a more integrated service proposition to support a large ecosystem of applications.
The infrastructure migration will take place in two stages on the following dates and time-periods:
1. Friday, 12 June 2009, 11 pm till Saturday, 13 June 2009, 6 am
2. Friday, 19 June 2009, 11 pm till Saturday, 20 June 2009, 6 am
Therefore, all our Internet and Voice over Internet Protocol (VoIP) such as iTalk and Home Prepaid customers nationwide may experience a disruption of service during the stipulated period. We would like to assure our customers that the services would resume to normal after this period.
TM apologizes for any inconvenience caused whilst at the same time, we would like to assure you that we are upgrading our network to enable us to provide you with the best in the next- generation network (NGN) services.
For more information, customers can contact us at 100 or log on to www.tm.com.my.
Thank you for your patience in allowing us to improve our services.
Dengan itu, pihak CQ mengumumkan cuti kecemasan selama dua hari bermula hari Jumaat (19 Jun 2009) sehingga hari Sabtu (20 Jun 2009).
Sebarang keributan amat dikesali.
yang benar,
..::CQ::..
Notis pemberitahuan oleh pihak tmnet.
STREAMYX SERVICE INTERRUPTION NATIONWIDE
Dear Valued Customers,
We wish to inform our Streamyx customers that Telekom Malaysia Berhad (TM) will be performing a network upgrading exercise from 11.00 pm, Friday, 12th June 2009 until 6.00 am, Saturday, 13th June 2009.
As a result, Streamyx customers nationwide may experience a disruption of service during the stipulated period. We would like to assure you that the service would resume to normal after this period.
TM apologizes for any inconvenience caused whilst the same time, we would like to assure you that we are upgrading our network to enable us to serve you better.
Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Streamyx related problems.
Thank You.
p/s: kesulitan amat dikesali.
Sebarang pertanyaan bolehlah rujuk kaunter CQ.
Sekian, terima kasih.
..::CQ::..
Selamat Bercuti kepada semua pengunjung CQ. semoga anda semua menikmati musim cuti sekolah ini dengan sebaik mungkin, gunakan waktu yang terluang ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah... dan jangan lupa mengunjungi CQ. :)
Wishing everyone a nice and Happy School Holiday!
..::CQ::..
Orang kata aku lahir dari perut mak…
(bukan orang kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku…mak
Bila lapar, yang suapkan aku…mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku…mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…mak
Bila bangun tidur, aku cari…mak
Bila nangis, orang pertama yang datang…mak
Bila nak bermanja, aku dekati…mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…mak
Bila nakal, yang memarahi aku…mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…mak
Bila takut, yang tenangkan aku…mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…mak
Aku selalu teringatkan…mak
Bila sedih, aku mesti telefon…mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…mak
Bila bengang, aku suka luah pada…mak
Bila takut, aku selalu panggil…"mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah…mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu…mak
Bila ada masalah, yang paling risau…mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni…mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…mak
Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku…mak
Yang selalu nasihat aku…mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…mak
Aku ada pasangan hidup sendiri…
Bila seronok, aku cari…pasanganku
Bila sedih, aku cari…mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada…pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…mak
Bila bahagia, aku peluk erat…pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat…mak
Bila nak bercuti, aku bawa…pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…mak
Bila sambut hari kekasih…aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu…aku ingat pasanganku
Selalu…mak ingat kat aku
Bila-bila…aku akan telefon pasanganku
Entah bila…aku nak telefon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…aku nak belikan hadiah untuk mak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..
Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK… RINDU SANGAT…
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.
31/03/2009
SERVICE INTERRUPTION
Dear Valued Customers,
Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to announce that there is a disruption of its Internet services due to circuit faults on the SMW3 between Tuas, Singapore and Penang linking Malaysia to Hong Kong and APCN2 near Chongming, China connecting Malaysia to the United States. As a result, customers using the Internet services may experience slow browsing while accessing websites hosted in the U.S. and Hong Kong.
In addition, customers using other IP services such as Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to the U.S. and Hong Kong may also experience some service degradation.
To alleviate the problem, some of the links have been rerouted to alternate routes to ease the congestion.
Restoration works on the affected cables are already in progress. However, during the restoration process, traffic to Northern America and Hong Kong may experience degradation. However, traffic to other countries will not be affected. TM expects complete recovery of its services by 5 April 2009 and will make further announcements on the progress of the restoration works.
TM wishes to assure its customers that it is undertaking all necessary measures to restore communications services for its customers as soon as possible.
Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Internet related problems.
Thank You.
Pihak CQ memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul... Terima kasih.
We will be shortly closed on the day and date as state below:
From:
19th March 2009 (Thursday, 6.00 p.m.)
Until:
21st March 2009 (Saturday, 6.00 p.m.)
Sorry for inconvenient and trouble coz we didn't mean to... hehe~~
So my advice, in the time being, use it wisely to do your homework, study and help your both parent at home. and have a nice holidays.
til' we will meet again.
I'll see you when i see you.
ta-ta.
..::CQ::..
Just wanted to wish our beloved customers a very happy and safe school holiday at Cyber Quest. Hope you get to spend time with your friends and family over the holidays.
Date / Time
12th March 2009 (Thu) – 14th March 2009 (Sat)
10:00 am – 10:00 pm
Location
Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu
Organiser
PIKOM
Website
www.pikom.org.my
Contact No.
03 7955 2922
pcfair@pikom.org.my
Category
Conventions & Exhibitions
Computer, Information Technology
Renungkan sejenak kisah ini..
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang sakit,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
“Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti k eda tanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.”Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii!” - “Umatku, umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa baarik wa sallim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Sama-sama lah kita hayati nasyid Selawat dari UNIC
Ya…Rasulullah
(*)Ya Rasulallah salamun alaik
ya rafi’assayani waddaraji
‘uthfatayya khairatal ‘alami
ya ahlaljuudi walkararami(2)
nahnujiiranum bizil harami
haramul ihsaani wal hasani
nahnu min qaumiim bihi sakanu
wabihi min khaufihim aaminu(2)
ulang*
wabiayyatil quraani ‘unu
fattaiz fiina akhal wahanu
tariful bathahaa wa ta’rifuna
was shafa wal baitu yaalafuna (2)
ulang*
walanaal ma’laa wakhii fumina
fa’laman hazaa wakun wakuni
walanaa khairal anaami abu
wa’aliyyul murtadhaa hasabu(2)
ulang*
We apologize for the undeniable problem and hope it will back as soon as possible.
kami memohon maaf atas masalah yang tidak dapat dielakkan dan berharap ianya akan pulih seperti biasa secepat yang mungkin.
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, bolehlah tanya diblog ini atau terus di kaunter. Terima kasih.
Pihak CQ mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 dan Salam Maal Hijrah 1430. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan dilimpahi rahmat dariNya sepanjang tahun ini.